Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Muzium Zakar Pamer Penis...

REYKJAVIK - The Phallological Museum atau muzium zakar kini menjadi antara destinasi tarikan wajib...

Ketua Peperiksaan Letak Jawatan...

Seoul - Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan...

Biro Kebajikan UMNO Mulakan...

PASIR MAS - Biro Kebajikan UMNO telah memulakan jelajah bagi membantu mangsa banjir...

Tan Sri Muhyiddin Melawat...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mewakili Malaysia pada Persidangan Pendidikan...

KPM Perinci Silibus Baharu Di Prasekolah

IPOH – Silibus baharu pembelajaran prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses untuk dimuktamadkan sebelum pengumuman rasmi dibuat mengenainya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Jemaah Menteri pada minggu lalu sudah membuat keputusan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, pihak kementerian sedang memperincikan perkara yang berkaitan dengan silibus tersebut dan ia tidak terpakai untuk institusi pendidikan swasta.

“Jawatankuasa Prasekolah KPM (Kementerian Pendidikan) akan berbincang untuk fine tune semua perincian.

“Bagaimanapun, silibus baharu ini hanya melibatkan prasekolah kerajaan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Negeri Perak kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini pada Khamis.


Sementara itu, mengenai insiden seorang bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyerang guru di sebuah sekolah di Sabah, Kah Woh menjelaskan, pihaknya menyerahkan segala siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis.

Menurutnya, kedua-dua pihak yang terlibat sudah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang tular di media sosial itu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah pada Isnin lalu.

Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah pada Selasa.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori