Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Nestle Lancar Hab Perolehan...

PETALING JAYA – Pengeluar makanan dan minuman yang terbesar, Nestlé S.A, menyasarkan untuk...

Yang Di-Pertuan Agong Rasmi...

KUALA LUMPUR - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim hari...

Kerajaan Pinda Akta Rumah...

SERDANG - Kerajaan akan meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 bagi membolehkan tindakan...

Bicara Kes Saman Anwar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 10 Julai...

Lelaki Myanmar Miliki Kad UNHCR Palsu Ditahan

Jertih : Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu dalam Op Kutip dan Op Belanja di bandar Jertih, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu bergerak bebas tanpa rasa takut kerana menyangka tindakannya memiliki kad palsu itu tidak akan dikesan pihak berkuasa.

Pengarah JIM Terengganu, Azhar Abd Hamid berkata lelaki itu adalah seorang daripada keseluruhan 25 pendatang asing tanpa izin berusia 20 hingga 55 tahun yang ditahan JIM dalam operasi yang bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 7 malam di sekitar Besut itu.

“Lelaki itu mendakwa dia memperoleh kad tersebut daripada rakannya di Johor dengan bayaran RM150 selepas pemeriksaan oleh pihaknya melalui sistem mendapati kod kad yang ditunjukkan lelaki itu sebenarnya milik seorang wanita.

“Keseluruhan pendatang asing tanpa izin yang diperiksa dalam operasi yang disertai 26 pegawai JIM, membabitkan 154 orang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Thailand dan Indonesia,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Pejabat Imigresen Malaysia cawangan Besut dekat Kampung Raja di sini.

Azhar berkata kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen iaitu Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri, 15 (1) (c) kerana tinggal lebih masa serta Peraturan 39 (b) kerana melanggar syarat pas dan kesemua mereka kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.


“Turut disita empat motosikal termasuk barang jualan sate ikan manakala sebuah kereta yang dipandu lelaki Myanmar itu akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Setakat semalam JIM Terengganu melaksanakan 102 operasi di seluruh negeri sejak awal tahun ini membabitkan penahanan 209 pendatang asing tanpa izin atas pelbagai kesalahan melibatkan lebih 1,400 orang yang diperiksa.

Dalam pada itu, Azhar turut mengingatkan majikan untuk tampil mengambil biometrik pekerja masing-masing yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) sebelum proses verifikasi tamat pada 31 Mac depan.

“Ini disebabkan statistik yang kami ada seramai 6,000 lebih yang mendaftar Program RTK 2.0 tetapi hanya lebih 3,000 majikan saja yang datang mengambil biometrik pekerja masing-masing setakat ini, dan masih ada dua bulan lagi tempoh untuk mereka datang ke pejabat JIM untuk tujuan itu,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori