Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pecah Rekod, Jalan...

MENAKJUBKAN! Seorang lelaki ini telah berjaya memecah rekod terdahulu dengan berjalan di atas...

Penganggur Dilepas & Dibebaskan...

PETALING JAYA - Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini,...

Aidilfitri: 600,000 Kenderaan Dijangka...

KUALA BERANG - Volum kenderaan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)...

Mamat Exists Dihantar Ke...

JOHOR BAHRU - Bekas vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin,...

Lelaki Rotan, Dera Anjing Disiasat

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki merotan anjing peliharaannya seperti yang ditularkan menerusi laman sosial Facebook, dua hari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan dibuat wanita berusia 49 tahun yang mendakwa melihat kejadian itu.

“Kita ada mengesan video tular dimuat naik di Facebook Malaysian Dogs Deserve Better berdurasi 29 saat memaparkan seorang individu merotan anjing peliharaannya.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku Khamis lalu kira-kira 9.30 malam dekat Taman Johor Jaya dan polis sudah mengambil keterangan individu dalam video berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memukul anjing di dalam kawasan sebuah rumah dipercayai menggunakan rotan hampir sebelas kali.

Turut kelihatan, individu itu mengheret anjing berkenaan dalam keadaan marah sebelum haiwan itu diarahkan masuk ke dalam rumah.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori