Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Berbogel Sebelum Peluk Pramugari...

SAMA ada gila seks atau mental, seorang lelaki ditahan selepas berkelakuan lucah dalam pesawat...

Tangguh Konsert, Janet Jackson...

BINTANG pop sensasi dunia, Janet Jackson, 49, menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan dia sedang...

Krisis Politik Selangor: Sultan...

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat menteri besar untuk mengekalkan kedudukan...

Kalimah ALLAH: Polis Siasat...

GEORGETOWN -Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah...

Malaysia Kecam Serangan Besar-Besaran Israel Di Rafah

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel di bandar Rafah selatan Gaza di mana orang awam Palestin mendapatkan perlindungan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu akan meningkatkan lagi ketegangan dan malapetaka kemanusiaan yang pasti akan merencatkan segala usaha menghentikan peperangan dan gencatan senjata yang berkekalan.

“Malaysia menuntut Israel menghentikan serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undang-undang antarabangsa,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.

Operasi ketenteraan berniat jahat itu jelas menunjukkan matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri.

Ia juga jelas memperlihatkan sikap angkuh rejim Zionis membelakangkan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 26 Jan lepas mengenai enam tindakan sementara yang mesti diambil Israel termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan tindakan sedemikian berlaku secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan,” menurut Wisma Putra.


Malaysia menyokong seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan berani menghalang malapetaka oleh rejim Zionis dan menekan masyarakat antarabangsa melaksanakan tanggungjawab dan menghentikan sebarang sokongan kepada rejim yang secara terbuka mengabaikan segala usaha untuk meredakan ketegangan.

Wisma Putra berkata Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak mereka, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai anggota penuh PBB.

Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan serangan kejam Israel ke atas Rafah pada awal pagi Isnin membunuh lebih 100 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan lagi cedera.

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini berada di Rafah selepas tentera Israel memaksa perpindahan beramai-ramai penduduk dari utara ke selatan Gaza.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori