Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAS Pengkhianat Pakatan Rakyat!...

KUALA LUMPUR - "DAP berasa amat marah kerana dikhianati oleh kepimpinan PAS", kata...

Rafizi Pertahan Tindakan Kesavan...

KUALA LUMPUR ā€“ Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mempertahankan tindakan Anggota...

Memalukanā€¦ Rakyat Kita ‘Buat...

MASALAH vandalisme dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja dilakukan keatas harta awam di...

Anak Najib Menang Ketua...

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Nazifuddin Najib berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi...

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah sementara atau transit kepada 16 mangsa membabitkan lima keluarga yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Blok 70 Flat Sri Sabah, malam Ahad lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata semua mangsa akan dibenarkan menduduki rumah itu yang terletak di Flat Sri Johor mulai Khamis ini.

Beliau berkata, bagi mangsa yang memiliki rumah sendiri, mereka dibenarkan tinggal di rumah sementara itu untuk tempoh enam bulan, manakala yang menyewa dibenarkan tinggal di rumah terbabit sehingga tiga tahun.

“DBKL akan membaik pulih bahagian luar rumah yang terbabit dalam kebakaran, manakala bahagian dalam (rumah) pula adalah tanggungjawab pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Cheras, Cheras hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Zaliha berkata, setiap keluarga yang terbabit turut menerima sumbangan tunai RM7,300.


Katanya, sumbangan itu termasuk RM5,000 daripada Jabatan Wilayah Persekutuan, manakala DBKL dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak masing-masing RM1,000 serta RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Selain itu, kita juga berikan bantuan keperluan harian seperti ubat gigi, sabun, tuala, tuala wanita, kain batik, periuk nasi dan sebagainya kepada semua mangsa,” katanya.

Sementara itu, Wan Azizah mengesyorkan supaya orang ramai diberikan kesedaran atau pengetahuan penggunaan pili bomba bagi memudahkan penggunaan peralatan itu jika berlaku kebakaran.

Ini kerana, katanya, ada aduan daripada orang ramai mengatakan peralatan sedemikian tidak dapat digunakan jika berlaku kecemasan.

“Sebenarnya bukan peralatan yang rosak, tetapi kerana cara digunakan salah menyebabkan ia tidak dapat digunakan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori