Sarikei : Sekumpulan pekerja feri terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput terapung di Sungai Sian di sini, semalam.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada pekerja feri kira-kira jam 10 pagi semalam, dan segera mengerahkan pegawai bersama-sama beberapa anggota ke lokasi.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati terdapat satu laporan orang hilang di Sibu dan pengecaman mayat dibuat oleh pengadu kes.
“Bagaimanapun, pengecaman gagal kerana mayat reput dan kembung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sekam berkata, siasatan diteruskan dengan mengambil sampel DNA untuk mengetahui identiti mayat. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat itu.
-Harian Metro