Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

RUU355: Maklumat Tak Tepat...

JERANTUT - Sesetengah pemimpin politik yang menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa...

Proton: Pakar Permotoran Jawab...

KUALA LUMPUR - Proton harus mara sebagai satu jenama dan mempunyai rakan kongsi...

Kurangkan Harga Rumah Atau...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin menimbang semula pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST)...

#ASEAN: Inilah Sebenarnya ASEAN...

KUALA LUMPUR - Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini, dengan proses...

Pati Lolos Tahanan Di Bidor: 38 Masih Diburu

Tapah : Polis sudah menahan 91 daripada 131 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu, setakat 7 malam ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan terbaru membabitkan lapan Pati di kawasan hutan Jalan Kachu Tapah, hub getah Bidor dan Kampung Senta, Bidor.

“Bermula hari pertama operasi, polis menahan 66 tahanan manakala Jabatan Imigresen (JIM) pula memberkas 25 tahanan.

“Baki 38 tahanan masih lagi diburu selepas 91 tahanan ditangkap, manakala dua tahanan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.


Mohd Yusri menasihatkan orang ramai terus memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan baki tahanan Pati Rohingya yang masih bebas.

Beliau berkata, orang ramai juga diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyukarkan lagi situasi semasa.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos dari blok lelaki depoh berkenaan, termasuk seorang yang kemudian maut akibat kemalangan jalan raya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori