Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Prosiding 1MDB Tangguh Lagi,...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Developement...

Pelayaran Sulung ‘KM Bagan...

PELABUHAN KLANG - 'KM Bagan Datuk', Kapal Ronda Generasi Baharu (NGPC) pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), melakukan pelayaran sulung ke perairan Batuan Tengah di Selat Singapura, hari ini.Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pelayaran itu adalah bersempena majlis perasmian Pangkalan Abu Bakar di Johor esok, yang akan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar."Kapal ini akan berlepas ke perairan Batuan Tengah hari ini. Setelah (program perasmian) selesai, kita akan memutuskan sama ada untuk membawanya balik ataupun terus berada di laut untuk mengoperasikan peralatan yang...

Tiada Apa Yang Perlu...

ALOR SETAR - Tiada apa yang perlu dihairankan dengan kemenangan pasukan Johor Darul...

3 Cara Berkesan Tangani...

KANGAR - UMNO perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam...

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh 4.7 Peratus – MIDF Research

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang kukuh sebanyak 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah momentum pertumbuhan yang bertambah baik, kata MIDF Research.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Firma penyelidikan itu dalam tinjauan bulanannya bagi Januari 2024 berkata, pertumbuhan yang bertambah baik itu dijangka disokong oleh pemulihan perdagangan luar, di samping pertumbuhan mampan dalam perbelanjaan domestik.

“Bagaimanapun, kami memantau dengan berhati-hati potensi risiko penurunan, seperti peningkatan ketegangan geopolitik, gangguan bekalan (dan perdagangan global), turun naik pasaran komoditi dan kewangan,” katanya.

Selain itu ia turut mengambil kira kemungkinan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat (AS), yang boleh menjejaskan permintaan luar Malaysia dan prospek pertumbuhan keseluruhan.

“Di peringkat domestik, kami memantau dengan teliti faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada prospek harga, yang mungkin menjejaskan keseluruhan aktiviti perbelanjaan domestik,” katanya.


Sementara itu, MIDF Research menganggarkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar sederhana sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, meningkat sedikit daripada 3.3 peratus pada suku sebelumnya.

“Walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih sederhana pada suku keempat 2023, berdasarkan arah aliran dalam kedua-dua Indeks Pelopor dan Indeks Serentak, kami menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang, disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan jangkaan pemulihan dalam permintaan luar,” katanya.

“Bagi tahun penuh 2023, (berdasarkan anggaran awal) pertumbuhan KDNK Malaysia sederhana kepada +3.8 peratus, rendah sedikit berbanding anggaran kami berikutan penurunan dalam perdagangan luar dan aktiviti pembuatan.

Secara keseluruhannya, pertumbuhan terus dipacu oleh peningkatan permintaan dalam negeri yang berterusan,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori