Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Jantan Raja...

KUALA LUMPUR - Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan muncul sebagai manusia terpantas...

Ainul Mardhiah Sambut Ulang...

KUALA LUMPUR - Bayi yang mencuri tumpuan ramai, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut...

A Kadir Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Datuk A Kadir Jasin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua...

PAS Wajar Berjuang Sendirian...

KUALA LUMPUR - "Kita (PAS) jangan mudah percayakan orang lain untuk membawa apa...

Pihak Berkuasa Thailand Rampas Anak Singa, Dakwa Wanita China

PHUKET : Polis dan pegawai hidupan liar Thailand menjejaki seorang wanita China yang didapati membela anak singa tanpa permit serta mendakwanya selepas imej haiwan berkenaan dikongsi di media sosial.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada 12 Februari lalu, seorang pelancong menyiarkan klip video anak singa yang berada dalam sebuah kafe, dengan soalan sama ada ia sah atau dianggap kejam.

Berdasarkan klip itu, kafe terbabit berada di daerah Rassada di Phuket dan difahamkan dimiliki seorang wanita warga China yang juga pemilik premis berkenaan.

Sehari kemudian, Timbalan Ketua Balai Polis Muang Phuket, Leftenan Kolonel Thantuwong Wutthiwong dan pasukannya, bersama pegawai dari pusat perlindungan hidupan liar di Phuket, menyerbu kafe itu.

Walaupun anak singa terbabit tidak ada ketika serbuan, pengurus kafe itu mengakui ia berada di kafe berkenaan pada minggu sebelumnya, seperti mana dipaparkan di media sosial.


Pihak berkuasa kemudian menyoal siasat pemilik kafe, Chern Min, 31, dan dia mengaku membeli anak singa itu dari Bangkok dengan harga 250,000 baht (RM33,000)

Dia kemudian membawa pihak berkuasa ke biliknya di sebuah hotel di belakang kafe di mana anak singa berkenaan disimpan, namun gagal menunjukkan permit bagi memelihara dan membesarkan haiwan liar itu.

Pihak berkuasa kemudiannya merampas anak singa itu dan membawanya ke tempat perlindungan hidupan liar.

Wanita warga China itu pula didakwa kerana melanggar akta perlindungan hidupan liar dengan memiliki haiwan liar tanpa permit.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori