Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cinta Fathia Latiff, Aiman...

BARU-BARU ini, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu hubungan cinta antara pelakon Fathia Latiff...

BN Akan Terus Mempertahankan...

JELI - Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang...

MIHAS 2019 Dijangka Tarik...

KUALA LUMPUR - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019, yang akan diadakan dari...

Lagi Kes Pemandu Grab...

JOHOR BAHRU - Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang...

Projek Rintis SKDS 2.0 Sedia Mekanisme Penyasaran Semula Subsidi Diesel

KUALA LUMPUR : Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan), yang akan berjalan dalam tempoh dua bulan bermula hari ini bertujuan menyediakan mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel yang dijangka dilaksana dalam suku kedua tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata projek rintis SKDS 2.0 itu, yang melibatkan enam syarikat perintis, dapat menguji keberkesanan Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri.

Sebanyak enam syarikat perintis menerima Fleet Card melalui pilihan syarikat minyak masing-masing iaitu Sim Yew Enterprise Sdn Bhd, Rantau Panjang Haulage Sdn Bhd, Mun Chuen Transport Sdn Bhd, Tan Swee Hee Sdn Bhd, Multimodal Freight Sdn Bhd dan Perceptive Logistics Sdn Bhd.

Armizan berkata mekanisme penggunaan Fleet Card ini adalah antara usaha kerajaan untuk beralih daripada Sistem Analog Skid Tank kepada Fleet Card dalam memastikan subsidi secara bersasar dapat dilaksana secara bersepadu.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak 3,792 stesen minyak terlibat dalamn Projek Rintis SKDS 2.0 yang boleh digunakan oleh syarikat perintis bergantung kepada laluan kenderaan syarikat masing-masing di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Usaha rintis ini dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada KPDN dalam memperkemas mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel.


“Selain itu langkah awal ini juga dapat menguji keberkesanan Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan berkata, penggunaan Fleet Card juga dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan keperluan sebenar Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan agar tiada kenaikan kos berganda khususnya kepada harga barangan selain merangka pelan penyasaran semula subsidi yang cekap dan berkesan kepada semua golongan sasar terutamanya di bawah bidang kuasa KPDN.

Melalui inisiatif penyasaran semula subsidi diesel ini, kerajaan pada dasarnya mempertimbangkan pemberian subsidi dengan kadar khas kepada Sektor Pengangkutan Darat bagi sub-sektor Awam dan sub-sektor Barangan melalui pelaksanaan SKDS 2.0, yang dirancang untuk dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori