Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Tendang Kucing Kena...

BUTTERWORTH - Remaja perempuan yang menendang seekor anak kucing dikenakan bon berkelakuan baik...

Kes Bunuh CEO Cradle...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri direman empat hari bemula hari ini bagi...

Kadar Tambang Bas Ekspres...

SEGAMAT - Kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga...

Malaysia Terima Pesawat Airbus...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera...

Pusat Jagaan, Rawatan Ibu Bersalin Tanpa Lesen Diserbu

KLANG – Kegiatan sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja dekat sini mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Serbuan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu dijalankan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.

“Siasatan lanjut mendapati kediaman yang dijadikan premis perniagaan itu beroperasi tanpa lesen perniagaan sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Norfiza memberitahu, MBDK mengeluarkan satu kompaun kepada wakil syarikat itu iaitu pekerja premis terbabit.

“Ini kesalahan serius kerana melibatkan bayi dan ibu yang melahirkan anak selain mendatangkan risiko jika berlaku kecuaian,ā€ ujarnya.


Dalam pada itu, Norfiza berkata, kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPK) 2013.

Beliau berkata, pihaknya turut menyerbu premis industri yang beroperasi tanpa lesen dan menyebabkan kacau ganggu di Jalan Haji Abdul Manan dekat sini.

“Dua kompaun di bawah UUK3 Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 turut dikeluarkan atas kesalahan itu.

“Penguatkuasaan seumpama itu akan diteruskan dan MBDK tidak akan berkompromi terhadap pihak yang ingkar peraturan ditetapkan,” jelasnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori