Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Sazali Mahu Rujuk...

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor menyifatkan tindakan...

Selepas Kamal Adli… Intan...

PETALING JAYA - Pelakon Intan Ladyana menegaskan lelaki di sampingnya dalam beberapa foto...

Janna Dakwa Gaun Seksi,...

JIKA semalam Mynewshub berkongsikan kisah Janna Nick yang enggan menggayakan sehelai gaun yang...

Jangan Heret Negara Ke...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli-ahli...

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sesi libat urus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telahpun berada di peringkat akhir.

“Setakat ini libat urus yang dilakukan telah berjalan dan semua negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri, Mahkamah Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri telah dijemput menghadiri sesi libat urus tersebut.

“Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff bahawa libat urus itu di peringkat akhir, jadi laporan belum lagi disediakan dan mereka akan sediakan laporan libat urus itu kepada saya,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan kertas cadangan rang undang-undang itu sudah berada di peringkat Jabatan Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan berikutan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori