Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Juruterbang Saudi Bom Yaman...

RIYADH — Terlalu gembira dengan kekalahan militan Houthi di Yaman, seorang putera kaya Arab...

KPDNHEP Selangor Rampas Barangan...

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor...

Janji Pembangkang Umpama Tin...

PAGALUNGAN (Sabah) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan...

PRN: Kena Akur Keputusan...

BAYAN LEPAS - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) perlu akur dengan keputusan...

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Low Taek Jho atau Jho Low memiliki ‘kepala surat’ kosong Pejabat Perdana Menteri (PMO) berwarna kuning yang disimpan dalam satu sampul untuk kegunaannya sekiranya perlu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Memberikan contoh, bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo, 50, berkata beliau nampak surat PMO berhubung pelantikan Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman yang disediakan ahli perniagaan dalam buruan itu di rumahnya di Kia Peng.

Saksi pendakwaan ke-50 itu berkata, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho memberitahu, dia akan membawa surat berkenaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk ditandatangani.

Kemudian, surat sama ditandatangani dihantar ke Pejabat 1MDB dan lanjutan daripada itu, Hazem Rahman pun dilantik.

Sementara itu, Loo berkata beliau sering nampak Jho Low dan Najib bersama di tempat yang sama, sama ada dalam mana-mana program atau acara yang berkaitan syarikat pelaburan strategik negara itu.


“ketika Datuk Seri Najib ke New York untuk menghadiri Sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2013, Jho Low ada juga di New York menunggu Datuk Seri Najib Razak di Mandarin Oriental, New York.

“Jho Low juga menyusun satu mesyuarat untuk Datuk Seri Najib dengan pelabur Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama Goldman Sachs.

Saya diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di Times Warner Centre bersebelahan dengan Mandarin Oriental New York untuk memantau dan melaporkan kepada Jho Low mengenai apa yang dibincangkan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori