Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MH370: Mesyuarat Khas Libat...

HULU TERENGGANU - Mesyuarat khas tiga negara antara Malaysia, China dan Australia akan...

Bunuh Rakan Serumah, Empat...

JOHOR BAHRU - Empat sekawan ditahan polis berikutan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai...

Surat MITI Perlu Miliki...

KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi, surat yang dikeluarkan...

Nak Jual Sofa, Tapi...

LAIN kali sebelum nak muat naik sesuatu di Internet, pastikan ianya tidak mendatangkan...

SPM Tetap Diteruskan Di Melaka Esok, Meskipun Cuti

MELAKA : Seramai 12,900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini akan tetap menduduki peperiksaan seperti biasa esok meskipun ia diisytiharkan cuti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Justeru, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berharap calon dan petugas yang terbabit dengan peperiksaan itu tidak keliru dan mengambil perhatian mengenainya.

“Esok semua calon SPM di Melaka tidak cuti sebaliknya akan menduduki peperiksaan seperti biasa. Kita mahu selaraskan waktu peperiksaan di seluruh negara tanpa ada penangguhan.

“Jangan nanti mereka ingat peperiksaan ditangguhkan kerana cuti umum.

“Sebenarnya kita tak boleh tangguh (peperiksaan pada hari itu) kerana kalau kita tangguh dan buat tarikh lain, pihak KPM (Kementerian Pendidikan) kena buat kertas lain yang membabitkan banyak kos, jadi kita teruskan juga,” katanya ketika dihubungi.


Rahmad berkata seramai 1,255 petugas bakal bertugas di 103 pusat peperiksaan seluruh negeri esok.

Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM esok adalah bagi yang mengambil subjek Manahij al-‘Ulum al-Islamiah, Pendidikan Seni Visual Kertas 2, Pendidikan Muzik Kertas 1 dan Reka Cipta Kertas 1.

KPM sebelum ini menetapkan peperiksaan SPM 2023 akan diadakan pada 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Kerajaan Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh sebelum ini mewartakan 20 Februari sebagai cuti umum tahunan bagi menggantikan cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang diraikan pada 15 April setiap tahun.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori