Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Tamat Tugas...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berangkat meninggalkan Istana...

Laksana Gaji Minimum Berperingkat...

KUALA TERENGGANU - Cadangan kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 tepat pada masanya...

Mohamad Sabu Jamin Akan...

LUMUT - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini memberi jaminan akan mengutamakan penyelesaian...

De Gea Bertaraf Dunia,...

DAVID de Gea mempamerkan kecemerlangannya bagi memastikan Manchester United mengikat seri 0-0 dengan...

Sultan Selangor Berkenan Terima Menghadap Nga Kor Ming

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kor Ming dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata dalam sesi menghadap yang berlangsung selama 90 minit itu, Sultan Sharafuddin menitahkan seluruh rakyat Malaysia bersatu dan berganding bahu bagi merancakkan semula ekonomi supaya negara kembali disegani dunia.

Beliau berkata Sultan Sharafuddin juga menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pembangunan di Selangor.

“Selain melaksanakan dasar mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Sultan Sharafuddin juga ada bertitah bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha dalam sektor industri tenaga boleh diperbaharui, termasuk pembangunan loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) serta pembangunan ekonomi hijau.


Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji untuk menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, mampan, efektif serta merancakkan ekonomi kitaran,” katanya.

Kor Ming berkata Selangor akan menjadi negeri kelapan menerima pakai Akta 672 sekiranya kerajaan negeri bersetuju untuk mengguna pakai akta itu dan jelasnya, ia akan membantu pengurusan sisa pepejal yang lebih lancar, teratur dan moden.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori