Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Beri Peluang Pasukan Petugas...

PUTRAJAYA - Beri kepercayaan dan peluang kepada Pasukan Petugas Khas berhubung dakwaan penyaluran...

Warisan Tak Iktiraf Kerajaan...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak mengiktiraf kerajaan Sabah yang dibentuk...

Zahid: Beku Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Pembekuan pengambilan pekerja asing sejak pertengahan Februari lalu mengakibatkan perniagaan...

Bulan Ramadan Tingkat Ekonomi...

KUALA NERUS - Bulan Ramadan dilihat mampu menjadi pencetus peningkatan ekonomi golongan muda...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata takrifan kategori pendapatan sedia ada yang terkini tidak menggambarkan cabaran dan kekangan yang dihadapi rakyat berikutan keadaan ekonomi sekarang.

“Di bawah pentakrifan kategori pendapatan sedia ada, mereka yang berpendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 dikategorikan sebagai individu dalam kategori M40. Bagaimanapun perkara itu tidak menggambarkan realiti situasi terkini.

“Sebagai contoh, jika seseorang yang merupakan pencari nafkah tunggal (untuk keluarganya) berpendapatan RM5,000 dengan tiga orang anak tinggal di kawasan bandar, orang itu sebenarnya tergolong dalam kategori B40 kerana jumlah yang terhad atau mempunyai komitmen yang banyak.

“Perkara itu menimbulkan persoalan sama ada istilah sekarang (pentakrifan kategori pendapatan sedia ada) masih relevan atau sebaliknya disebabkan kekangan dalam pendapatan boleh guna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini, hari ini.


Simposium berkenaan diadakan sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 Februari hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya.

Sebelum ini, Asyraf menegaskan peningkatan kos sara hidup dan perbezaan kehidupan antara kawasan bandar dan luar bandar mewajarkan langkah untuk mentakrifkan semula kategori B40, M40 dan T20.

Beliau berkata, takrifan baharu terhadap kumpulan itu akan dimulakan di MARA terlebih dulu bagi memastikan masyarakat mendapat pembelaan yang adil.

“Realitinya dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dan perbezaan hambatan dan cabaran kehidupan di bandar dan luar bandar memerlukan satu kaedah yang lebih holistik, adil dan saksama dengan mengambil kira pendapatan boleh guna bersih keluarga,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori