Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Insa, Corbin-Ong Antara 15...

KUALA LUMPUR - Dua pemain berdarah campuran dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT),...

Paul Yong Bertegas Mahu...

IPOH - Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan...

Polis Perlu Ikut Menteri...

KUALA LUMPUR - Parti sekular DAP membayangkan Menteri Dalam Negeri daripada Pakatan Harapan...

Harga Barang Selepas SST...

TAWAU - Harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di negeri...

Tindakan SPRM Beku Aset Tak Boleh Dicabar Di Mahkamah – AGC

Mahkamah sivil tiada kuasa untuk membenarkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan SPRM membekukan 11 akaun Aman Palestin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata demikian dalam penghujahan bertulis bagi membantah permohonan NGO itu bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan semakan kehakiman terhadap tindakan SPRM.

Bertindak bagi pihak SPRM, AGC berkata pelaksanaan fungsi atau kuasa yang mempunyai kaitan dengan proses siasatan jenayah tidak boleh diubah melalui semakan kehakiman.

Katanya, mahkamah dalam membuat keputusan sedemikian, berulang kali mengingatkan bahawa dengan membenarkan semakan kehakiman terhadap pelaksanaan fungsi berkaitan proses siasatan jenayah akan membuka laluan untuk cabaran setiap pelaksanaan fungsi sedemikian.

Ia justeru boleh menyebabkan kekacauan dan ketidakstabilan awam, tambahnya.

Selepas mendengar hujah lisan peguam Aman Palestin Muhammad Rafique Rashid Ali


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amarjeet Singh menetapkan 21 Mac untuk keputusan sama ada akan membenarkan permohonan Aman Palestin itu.

Tarikh itu ditetapkan selepas hakim mendengar hujah lisan peguam Aman Palestin Muhammad Rafique Rashid Ali dan hakim kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi bagi pihak SPRM.

Aman Palestin pada 31 Januari lalu memfailkan cabaran undang-undang terhadap tindakan SPRM membekukan akaun banknya dan beberapa lagi entiti.

Pembekuan itu dibuat setelah Aman Palestin, NGO yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Palestin, didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori