Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Henti Guna Agama Untuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Kerjasama MAB, Lonjak Saham...

SAHAM AirAsia Bhd naik pada sesi awal hari ini selepas syarikat penerbangan tambang...

JDT Sedia Pertahan Kejuaraan...

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah bersedia mempertahankan kejuaraan Liga...

Bon Kerajaan Diturunkan

PETALING JAYA - Alliance DBS Research dalam nota kajiannya telah menurunkan bon kerajaan...

30 Berhimpun Desak Pengeluaran KWSP Bersasar

Kuala Lumpur : Kira-kira 30 orang berhimpun di luar Parlimen mendesak pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar dibenarkan oleh kerajaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) Azmi Mohd Tahir berkata, berdasarkan kaji selidik pihaknya, 99,335 pencarum menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar dan 78 peratus daripadanya mempunyai simpanan melebihi RM10,000.

Selain itu, antara tuntutan pihaknya adalah agar kerajaan membenarkan pencarum yang lebih tiga tahun tidak mencarum ke dalam KWSP seperti suri rumah, ibu dan bapa tunggal dibenarkan untuk mengeluarkan kesemua wang mereka dalam Akaun 1.

“Anggaplah mereka ini sudah bersara dan sudah capai umur 55 tahun. Kenapa kami tuntut begini? Kerana simpanan mereka tidak bertambah. Maknanya tak ada sumbangan pun diberi. Cuma tiap-tiap tahun dapat dividen.

“Untuk membiarkan begitu sedangkan mereka memerlukan, izinkan golongan yang saya nyatakan keluarkan semua (wang dalam) Akaun 1. Anggap mereka sudah bersara dan sudah mencapai usia umur 55 tahun.

“Tak payah ambil tahu tentang mereka, tahulah mereka bagaimana nak jalani hidup mereka kerana rezeki Allah yang beri, bukan manusia. Kita tidak tahu nasib manusia akan datang. Sama ada dia jadi jutawan ke, kita tak tahu. Hanya Allah yang tahu,” katanya ketika berhimpun di luar Parlimen, hari ini.


Beliau turut menyerahkan satu memorandum antaranya kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya juga meminta agar kerajaan membenarkan pengeluaran minimum RM3,000 dan maksimum RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada.

“Pengeluaran itu adalah secara one-off. Kalau dia mempunyai RM100,000, boleh keluarkan maksimum RM50,000,” katanya.

Menurutnya, beliau menuntut perkara seperti itu disebabkan melihat kesusahan pencarum di lapangan dan ada antara pencarum telah dihalau di rumah dan tinggal di dalam kereta.

Beliau juga berharap agar dapat berjumpa dan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait perkara itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori