Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Sendiri Produk PPSMI”...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui...

UMNO Perlu Pemikiran Baharu,...

GERIK - Umno yang menjadi peneraju parti kerajaan memerlukan pemikiran baharu dan berani...

Harga Makanan Dunia Cecah...

PARIS: Harga makanan dunia jatuh untuk bulan kesembilan berturut-turut pada bulan Disember walaupun...

Mural Merdeka Abadikan Potret...

JOHOR BAHRU - Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang juga Perdana Menteri pertama...

Atlet Sukma Maut Terkena Tendangan

Seremban: Atlet Silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan Wan Muhammad Haikal, 21, rebah dan tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

Dia disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Kakak sulung Allahyarham, Wan Nor Haslinda berkata, keluarga diberitahu mengenai kejadian itu pada 5.30 petang semalam.

“Jurulatih hubungi bapa dan maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

“Tapi saya tidak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan kira-kira 2.30 pagi, kami dimaklumkan yang dia sudah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti,” katanya ketika dihubungi media hari ini.


Menurutnya, Allahyarham adalah anak keempat dari lima beradik dan berada di Seremban untuk Pra Sukma sejak Jumaat lalu.

Katanya, kedua ibu bapa serta adiknya kini berada di HTJ untuk menunggu bedah siasat selesai dan urusan menuntut jenazah.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata, mangsa sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan diberikan rawatan diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta merta, terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.

“Selepas memberi satu renjatan melalui AED pesakit terus dibawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan dalam masa yang sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori