Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sombongnya Putera Raja Bergelar...

TIADA tarikh dapat dikemukakan mengenai peranan Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan kewangan terhadap...

Pengerusi UMNO Johor Tersentuh...

JOHOR BAHRU - Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata beliau tersentuh...

Agong Kurnia Darjah Kebesaran...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

Petani Disaran Tidak Tumpu...

ARAU - Petani di Perlis disaran supaya tidak menumpukan kepada aktiviti pertanian tradisional,...

Cawangan Kedai Serbaneka Disyaki Tidak Memohon Adakan Jualan Murah

KUALA KANGSAR: Sebuah cawangan kedai serbaneka yang baharu dibuka di Kuala Kangsar Prima, di sini berhadapan denda RM2 juta selepas disyaki tidak membuat permohonan untuk mengadakan jualan murah melebihi tiga hari, selain menjual barang kawalan iaitu gula, minyak masak dan tepung tanpa lesen runcit.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata operasi dijalankan kira-kira 11 pagi semalam berasaskan iklan di media sosial mengenai jualan murah barang kawalan, iaitu gula dengan harga RM0.10 sebungkus.

Katanya, harga gula yang ditawarkan itu bagaimanapun hanya terhad untuk 200 pelanggan pertama sempena perbukaan cawangan pasar raya baharu itu, selain pemeriksaan ke atas premis itu juga mendapati ia turut mengadakan jualan murah produk air dengan harga RM0.99 setin dan masih mengadakan jualan murah itu sejak 16 Mac lalu.

“Pasar raya ini disyaki tidak membuat permohonan untuk mengadakan jualan murah bagi tempoh jualan melebihi tiga hari sempena pembukaan cawangan baharu mereka di bandar ini.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati pasar raya bagi cawangan ini disyaki tidak memiliki lesen runcit untuk menjual gula, minyak masak dan tepung, sekali gus kesalahan kerana berniaga barang kawalan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, tindakan sita juga diambil ke atas barang kawalan gula, minyak masak, tepung selain dari resit jualan.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan tidak memiliki lesen runcit untuk menjual gula, minyak masak dan tepung bagi sesuatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

“Bagi kes tidak mengemuka permohonan jualan murah, disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabitkan dengan kesalahan jika ia adalah suatu pertubuhan perbadanan, memperutuk denda tidak melebihi RM25,000,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori