Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Tutup Mulut Kalau Sekadar...

KUALA LUMPUR - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Belia Perlu Dipupuk Kesedaran...

KUANTAN - Golongan belia perlu dipupuk dengan kesedaran keselamatan di jalan raya agar...

Pecah Rumah: Polis Tumpas...

SERDANG - Polis menumpaskan kumpulan 'Ah Hau' dianggotai enam individu yang dipercayai aktif...

Harga Makanan Di Sepanyol...

MADRID, Sepanyol – Harga makanan di Sepanyol naik sehingga 30.8 peratus Julai lalu...

Cuepacs Gesa Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, pihaknya berharap agar Perdana, Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas.

“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang kuasa beli.

“Jadi bantuan khas Aidilfitri ini mampu diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara sebagaimana tradisi tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Adnan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di sini pada Jumaat.


Adnan seterusnya melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perak yang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 manakala Pulau Pinang turut meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada penjawat awam di kedua-dua negeri itu sempena Aidilfitri.

“Cuepacs juga memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain supaya memberi pertimbangan yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang bagi meringankan bebanan penjawat awam,” katanya.

Sementara itu Adnan berkata, Cuepacs tetap mempertahankan skim tetap dan berpencen kepada penjawat awam kecuali jika terdapat bentuk skim yang lebih baik menggantikan skim sedia ada.

“Jika nak buat penambahbaikan biarlah ia dalam konteks ‘tidak kurang faedah’ dari sekarang ini, maka kita mahu Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji apakah bentuk skim yang mampu mengganti skim sekarang ini tanpa mengurangkan faedahnya,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori