Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Satu Cabaran Kecil Rakan,...

PADA tahun 2010, pemain ragbi Australia berusia 19 tahun, Sam Ballard sedang bergembira...

Bedah Siasat Mayat Nora...

SEREMBAN - Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan...

Satu Kematian Disahkan Rabies...

Shah Alam : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian...

PPBM Masuk Blok DAP,...

SHAH ALAM - Akibat tindakan PAS 'boikot' Konvensyen Pakatan Harapan (PH), PPBM sah...

IOI City Mall Putrajaya Tutup Kerana Gangguan Elektrik

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pusat beli-belah berkenaan dalam kenyataan di media sosial memaklumkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenal pasti beberapa kerosakan yang menyebabkan masalah itu.

“Bagaimanapun, TNB tidak dapat memberi jaminan tempoh masa bekalan kuasa dapat dipulihkan akibat kerosakan berkenaan.

“Justeru itu, demi kepentingan semua penyewa dan pelanggan, pusat beli-belah ini tidak akan beroperasi hari ini.

“Ia bagi membolehkan TNB mempunyai lebih masa untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih,” katanya.


Terdahulu, IOI City Mall memaklumkan pihaknya berdepan masalah bekalan elektrik yang terputus menyebabkan premis berkenaan ditutup sejak pagi tadi.

Menurut kenyataan awal pusat beli-belah itu, bekalan elektrik dijangka pulih antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang ini.

Bagaimanapun, bekalan elektrik masih belum berjaya dipulihkan walaupun kerja-kerja baik pulih giat dijalankan oleh TNB sejak pagi tadi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori