Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pemilihan...

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini meluluskan secara rasminya usul...

AMK Harap Azmin Komited...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan langkah Presidennya, Datuk Seri Dr....

Jaga Sensitiviti, Taeyang Elak...

Selepas kontroversi melanda ekoran tindakan kumpulan Kpop B1A4 mencium dan memeluk beberapa orang...

Rakyat Belanja Lebih RM100...

KETIKA ada pihak membuat cerita kononnya rakyat Malaysia hidup melarat tidak mampu membeli-belah,...

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam Lubang Bekas Sudu Logam

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan bagi melepaskan jari telunjuknya yang terlekat dalam lubang bekas sudu logam, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, Haslizan Ramli, berkata kanak-kanak itu dibawa ibunya, Norlizawati Harun ke BBP Kuala Lipis selepas pelbagai usaha mengeluarkan jari anaknya gagal ketika di rumah mereka di Kampung Relong, Padang Tengku di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

“Sejurus tiba, didapati jari telunjuk kanak-kanak itu sudah bengkak kerana agak lama terlekat pada bekas sudu yang berlubang diperbuat daripada logam.

“Dua anggota yang bertugas segera melakukan penugasan mengeluarkan jari kanak-kanak itu dengan menggunakan peralatan khas dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika ditemui hari ini.


Haslizan berkata, anggota bomba terpaksa memotong bekas sudu itu dengan berhati-hati kerana dibimbangi jari kanak-kanak berkenaan membengkak daripada tercedera atau terluka.

“Jari kanak-anak ini berjaya dilepaskan daripada bekas itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dibenarkan pulang ke rumah bersama ibunya,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori