Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rekod 51 Kes Covid-19,...

BEIJING: Wilayah ekonomi terpenting China, Zhejiang berdepan dengan penularan Covid-19 sehingga menyaksikan setengah...

Bekalan Air Di Shah...

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air bersih di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya...

Matt Healy Pernah Lakukan...

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan The 1975, Matt Healy pernah melakukan aksi tidak...

Perodua Buka Tempahan Untuk...

KUALA LUMPUR - Perodua membuka tempahan untuk model Myvi baharunya, yang akan dilancarkan...

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti ditahan malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jawi dalam satu kenyataan kepada Harian Metro berkata, siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau Orang Yang Disyaki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

“Satu pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi di lokasi susulan aduan awam yang diterima.

“Siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau OYDS di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat),” katanya.


Kenyataan itu susulan pertanyaan wartawan Harian Metro meminta pengesahan tangkapan Jawi mengenai laporan akhbar ini susulan penahanan pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Terdahulu, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori