Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hina Islam: Siti Nuramira...

KUALA LUMPUR : Seorang wanita yang tular di media sosial kerana didakwa mencetuskan...

Hati-Hati Terima, Sebar Berita...

KUALA LUMPUR - Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam menerima dan menyebar maklumat...

Rakyat Tak Perlu Sangsi...

KENINGAU - Rakyat tidak perlu lagi sangsi dengan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Jambatan Batang Sadong Ubah...

KUCHING - Landskap pekan Sebuyau, perkampungan nelayan kira-kira 50km dari sini yang terkenal...

Juruelektrik Tak Mengaku Rogol Adik Kandung

Muar : “Tuan, boleh minta tolong? RM8,000 (wang ikat jamin) boleh kurangkan lagi tak?” demikian rayuan juruelektrik yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya, 11 tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh berusia 25 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol adik kandungnya ketika itu berusia 10 tahun di sebuah rumah di Simpang Renggam, Februari 2013.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali.

Berdasarkan laporan mangsa, kejadian bermula pada 2013 dan kerap berlaku sebelum mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya.

Pada 2017, mangsa ditempatkan di sebuah rumah jagaan di Rawang, Selangor dan di sinilah kejadian itu terbongkar.


Kakitangan rumah kebajikan mengesyaki ada sesuatu tidak kena pada mangsa kerana dia kerap hilang tumpuan ketika diarah membuat kerja.

Selepas didesak, mangsa akhirnya memberitahu, dia dirogol abang kandungnya. Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Simpang Renggam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin atau pun dengan kadar tertinggi.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan tertuduh dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula, serahan dokumen serta lantikan peguam.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori