Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Minta Isteri...

BUKAN mudah menjadi isteri seseorang yang berprofil tinggi dalam bidang keagamaan, semua mata...

Pencemaran Toksik: 111 Sekolah...

PASIR GUDANG - Penutupan kesemua 111 sekolah yang terjejas akibat pencemaran toksik di...

Ringgit Teruskan Aliran Menurun

RINGGIT meneruskan aliran menurunnya daripada semalam untuk dibuka rendah pagi ini berbanding dolar...

Perlu Berfikir Di Luar...

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita kaum India harus peka dengan perkembangan semasa dan...

Juruwang Hamil Ditumbuk Pelanggan Wanita Hingga Bengkak Muka

JOHOR BAHRU – Tular video dalam media sosial memaparkan seorang juruwang hamil ditumbuk seorang pelanggan wanita sehingga lebam di muka dalam kejadian di sebuah pasar raya di Southkey di sini pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Berdasarkan maklumat dikongsikan mangsa dalam Facebook miliknya atas nama Zuriani Mahmood, 25, kejadian tersebut berlaku pada jam 3.17 petang semasa pelanggan wanita terbabit mahu menjelaskan bayaran di kaunter.

Menurut Zuriani, kejadian berlaku semasa membuat pembayaran dan wanita tersebut mahu memulangkan satu barang yang dibelinya namun dia meminta pelanggan terbabit menunggu kerana pembelian itu sudah masuk ke dalam sistem.

Bagaimanapun kata Zuriani, pelanggan wanita tersebut dengan tiba-tiba memarahinya dengan nada tinggi dan selepas pembayaran dibuat telah menumbuk mukanya sehingga mengakibatkan bengkak.

Dakwanya, tumbukan tersebut menyebabkan bahagian bawah mata sebelah kiri bengkak sebelum membuat laporan di Balai Polis Majidee di sini pada hari yang sama.

“Report dah dibuat, tunggu tindakkan dari polis je. Maruah aku tercalar ya sebagai seorang ‘cashier’ bila ‘cust’ (pelanggan) buat macam ini depan ramai orang. Sedangkan itu salah sendiri.


“Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi. Tapi kau siapa untuk naik tangan dekat muka aku!!! Aku sertakan gambar dan ‘cctv cust’.

“Aku memang takkan maafkan orang macam ini ya! Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku. Aku takkan tarik report ya, aku sumpah kau.

“Kes ‘viral’ dan ‘share’! Supaya orang lain boleh berhati-hati dengan ‘cust’ spesies macam ni, ‘be alert’! Sesiapa kenal boleh la ‘tag’ dia kat ‘post’ ni,” tulis Zuriani dalam Facebook miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi berkata, laporan berhubung kejadian tersebut sedang disemak.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori