Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Presiden Tajikistan Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon telah mengirim perutusan tahniah kepada Yang...

Menu Sihat: Kawal Makan...

Kontroversi terhadap ayam terutama ayam suntik sering menganggu ibu-ibu yang ingin menyediakan makanan...

Ringgit Didagangkan Pada Tahap...

KUALA LUMPUR - Ringgit berkemungkinan didagangkan pada tahap semasa antara 4.130 dan 4.150...

Fikirlah: Pencinta Kucing Besar...

MELAKA - Kucing berkeliaran di merata tempat, mengiau kelaparan dan mengharapkan makanan daripada...

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya dalam kempen penentangan terhadap perang Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Serangan ke atas kapal dikenali sebagai Rubymar berlaku ketika penghantaran kargo dan tenaga melalui laluan air penting itu yang bergerak dari Asia dan Asia Barat ke Eropah.

Dilaporkan, sudah banyak kapal mengelak menggunakan laluan itu. Situasi itu menyaksikan lencongan lebih jauh dan kadar insurans lebih tinggi dikenakan ke atas kapal yang melalui laluan air dan berpotensi meningkatkan inflasi global serta menjejaskan penghantaran bantuan ke rantau ini.

Rubymar dengan bendera Belize hanyut ke utara selepas terkena peluru berpandu balistik antikapal Houthi pada 18 Februari lalu di Selat Bab el-Mandeb, laluan air penting yang menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden.

Portal Arab News melaporkan kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa serta pegawai tentera serantau yang enggan dikenali mengesahkan kapal itu karam.

Bagaimanapun pengurus Rubymar yang berpangkalan di Beirut tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.

Kerajaan Yaman yang disokong pakatan pimpinan Arab Saudi sejak 2015, berkata Rubymar yang sudah ditinggalkan selama 12 hari selepas serangan, tenggelam Jumaat lalu ketika ribut melanda Laut Merah, walaupun terdapat usaha untuk menunda kapal itu ke pelabuhan yang selamat.

Sebaliknya, Houthi yang disokong Iran mendakwa kapal itu tenggelam hampir serta-merta selepas serangan dilancarkan.


Pentadbiran Pusat Amerika Syarikat (AS) sebelum ini sudah memberi amaran kargo baja kapal itu, serta bahan api yang bocor dari kapal itu boleh menyebabkan kerosakan ekologi di Laut Merah.

Sementara itu, firma keselamatan swasta Ambrey secara berasingan turut melaporkan mengenai insiden misteri yang membabitkan Rubymar.

“Sebilangan rakyat Yaman dilaporkan cedera ketika insiden keselamatan yang berlaku pada Jumaat,” menurut Ambrey, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai insiden itu.

Sejak November, kumpulan bersenjata itu berulang kali menyasarkan kapal di Laut Merah dan perairan sekitarnya sebagai solidariti terhadap Palestin.

Walaupun sudah lebih sebulan serangan udara yang diketuai AS, Houthi masih mampu melancarkan serangan yang ketara, termasuk serangan ke atas Rubymar dan menjatuhkan dron Amerika bernilai puluhan juta dolar.

Houthi menegaskan serangan mereka akan berterusan sehingga Israel menghentikan operasi tempurnya di Semenanjung Gaza yang menimbulkan kemarahan dunia Arab lebih luas dan menyaksikan Houthi mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini dilihat perlahan dan ia masih tidak dapat diketahui dengan jelas.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori