Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

1MDB Lancar Proses Jualan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan...

Jangkitan Kuman, Elfira Loy...

PELAKON cantik Elfira Loy kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di...

Keputusan STPM 11 Mac...

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 akan diumumkan...

Instagram Kaburkan Gambar, Video...

MEMAHAMI kehendak pengguna, Instagram bakal melaksanakan beberapa perubahan pada lamannya. Perubahannya melibatkan gambar atau...

Kegiatan Luar Bilik Darjah Ditangguh Jika Keadaan Bertambah Panas

IPOH : Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menangguhkan kegiatan luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini, bertambah buruk.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangka berlaku, terutama membabitkan kesihatan pelajar.

“Buat masa ini KPM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau keadaan cuaca dan juga status kesihatan pelajar ini.

“Kita juga akan keluarkan garis panduan dari semasa ke semasa kepada pihak sekolah bergantung kepada keperluan keadaan. Apa pun, keutamaan kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan di sini, hari ini.

Pada 4 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Fadhlina Sidek meminta supaya guru dan ibu bapa memantau keadaan anak mereka ketika berdepan cuaca panas akibat El Nino.

Fadhlina turut menjelaskan KPM mempunyai garis panduan berkaitan fenomena cuaca yang digunakan bagi memberikan peringatan dan nasihat mengikut keadaan semasa pada peringkat sekolah.


Sementara itu, Kah Woh berkata, meskipun terdapat aduan berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dilaporkan kepada KPM semuanya dapat diselesaikan.

“Antara aduan yang diterima terarah kepada isu teknikal. Sebagai contoh, isu pertukaran sekolah. Bagaimanapun perkara itu dapat diselesaikan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya meminta supaya individu atau penjaga yang masih tidak menerima BAP supaya membuat aduan kepada KPM atau sekolah.

“Berkaitan isu BAP ini, saya nasihatkan supaya ibu bapa boleh bangkitkan kepada sekolah serta pihak KPM. KPM sendiri sedia membantu dan akan pastikan bantuan berkenaan sampai kepada mereka,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori