Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Edar...

KANGAR - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama...

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir...

Pan Borneo: Tanggungjawab Atau...

“SAMA seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang buka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan...

Nak Pergi Berperang Ke…...

CYBERJAYA - Polis merampas sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera yang digunakan sebagai...

Kementerian Luar Rai Duta, Perwakilan Asing Berbuka Puasa

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 700 jemputan, termasuk duta dan perwakilan asing di Kementerian Luar di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), M Thillinadan.

Tetamu disajikan dengan hidangan dan masakan kampung antaranya gulai daging salai, sambal daun kayu dan kerabu sayur.

Mohamad dalam ucapannya berkata, Malaysia beruntung kerana tinggal dalam suasana yang aman jika dibanding dengan sesetengah negara lain yang ditimpa peperangan dan pelbagai lagi.


Justeru, beliau mengajak semua supaya memastikan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini, dijaga dan dinikmati selamanya.

“Bulan Ramadan ini mari kita bersama mengambil kesempatan meningkatkan lagi amal ibadah dan kebajikan kita.

“Mari kita pastikan nikmat keamanan yang dikurniakan ini dapat dinikmati sampai bila-bila,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori