PUTRAJAYA: Seramai 100,000 pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Bumiputera akan dilahirkan dengan gaji RM3,000, lebih tinggi dari gaji minimum.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta, termasuk yang dimiliki kaum Cina dan India akan turut sama terlibat.
“Dalam jangka pendek, kita mahu sumbangan dan penyertaan syarikat ini termasuk syarikat di bawah Gabungan Dewan Perniagaan Cina dan India, turut melatih 100,000 pelatih TVET yang majoriti Bumiputera bersama Cina dan India.
“Dengan sasaran gaji lebih tinggi dari yang diperoleh sekarang, iaitu sebanyak RM3,000. Sekarang yang terlibat secara aktif adalah PETRONAS, Sime Darby, MRCB, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia.
“Kita anggap ini permulaan kecil yang harus diperluaskan. Anak-anak dari keluarga FELDA harus diberi peluang dan keadilan dan jangan dibiarkan tersisih dan terpinggir,” katanya berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul
BHonline-