Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

JPAM T’ganu Tak Menang...

KUALA TERENGGANU - Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)...

Baru Belajar Bayar Cukai,...

Hanya kerana tidak reti menggunakan perisian yang perlu dalam pelaksanaan cukai barangan dan...

4 Suspek Skandal Hartanah...

JOHOR BAHRU - Empat lelaki yang sebelum ini ditahan berhubung skandal rasuah dan...

Pengikut IG Syed Sadiq...

KUALA LUMPUR - Wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul...

Lawatan Anwar Ke Jerman Tumpu Pertingkat Hubungan Dua Hala – Duta

Malaysia akan memanfaatkan peluang untuk meningkatkan hubungan dua hala dan perniagaan dengan Jerman selaku rakan dagang terbesarnya dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi dari 10 hingga 15 Mac ini ke negara itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin berkata Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau di Jerman, Canselor Olaf Scholz selain mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.

“Anwar dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan global semasa pertemuannya dengan dua pemimpin Jerman itu,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri di Berlin.

Steinmeier mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada 16 hingga 19 Februari tahun lepas, dan turut melawat dua pelabur terbesar Jerman di Malaysia — pengeluar semikonduktor Infineon dan pakar teknologi perubatan B. Braun.

Dalam lawatannya, Steinmeier berkata Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat Jerman untuk mempelbagaikan perniagaan dan pelaburan, dan katanya terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia pada masa ini yang mewujudkan 65,000 pekerjaan.

Menurut Adina, Anwar yang dijangka tiba di sini pada 10 malam pada Ahad (5 pagi, Isnin), akan bertemu pemimpin industri terkemuka dalam enam pertemuan dan sesi libat urus, kebanyakannya melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terkemuka negara itu yang berperanan sebagai tulang belakang ekonomi Jerman.

Bertemu 30 kapten industri

Pada Isnin, Anwar dijadual memulakan lawatannya dengan melawat kilang Siemens Energy di Huttenstrabe, kata Adina sambil memaklumkan syarikat itu yang telah membuat pelaburan besar di Malaysia pada masa ini sedang memberi tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Siemens Energy menghasilkan tenaga boleh diperbaharui daripada matahari, angin, air dan biojisim, dan penggiat utama dalam peralihan tenaga negara yang menggaji kira-kira 26,000 pekerja.

Pada Selasa, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 kapten industri dan pelabur berpotensi dari Eropah dalam perbincangan meja bulat mengenai perniagaan.

“Syarikat Jerman sentiasa memberikan tumpuan kepada Malaysia berikutan pelbagai insentif yang ditawarkan, terutama insentif cukai yang disesuaikan dan peranan sokongan yang dilaksanakan oleh agensi kita seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).


“Mereka amat selesa dengan pusat sehenti kita… kemudahan menjalankan perniagaan dengan agensi seperti MIDA, Jabatan Imigresen menawarkan sokongan yang diperlukan, serta populasi yang menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.

Adina berkata isu seperti eksport minyak sawit Malaysia ke Eropah dan perubahan iklim dijangka dibincangkan semasa pertemuan Anwar dengan Timbalan Canselor dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim Robert Habeck sebelum Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucaptama pada acara SME Future Day pada Rabu.

Sebanyak 3.2 juta PKS di Jerman atau dikenali sebagai “Mittelstand” menggaji 56 peratus daripada lebih 38.4 juta pekerja pada 2021.

Anwar juga dijadual mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia sebelum menunaikan solat dan solat sunat tarawih di Masjid Sehitlik di Berlin.

Semasa di Berlin, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Yayasan Körber, iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokus kepada isu sosial dan politik.

Anwar akan turut berkunjung ke Hamburg bagi menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101 (Ostasiatisches Liebesmahl) anjuran Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman, dan dijadualkan menyampaikan ucaptama.

Menurut Adina, berikutan perang Ukraine yang menjejaskan Jerman, terutama dari segi ketersediaan gas yang murah, negara itu kini meninjau Asia Tenggara untuk mempelbagaikan perniagaan.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota EU sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota Asean.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (US$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (US$13.62 bilion) pada 2022.

-Malaysia Kini

12 KOMEN

  1. Hi

    We are a venture sales agency that works with you to uncover the best leads for your industry.

    After finding targeted leads for you, warm intros are sent to them ensuring a steady steam of viable clients to your website.

    There are no subscriptions and we only take a small commision on sales that we are able to generate for you.

    Find out more at: https://mynewshub.leadsmax.biz

  2. Dear Sir/Madam

    This will severely impact your page rank, the more increased directories your company is listed

    in, globally or locally, the more back links you have and the higher you rank in Yahoo – Bing – Google.

    Never has it been simpler to promote your site

    Just a few inputs and our system willl do the rest. No more fretting about email verification – manual link building or CAPTCHAs.

    We have automed all that we could have to make submitting your online property a

    breeze.

    See your domain on the first page.

    We will list your site to thousands of directories and give you a full

    report on the status of each registry. Although we have automated the submission process to

    a large extent, some of the listings may require manual approval which could cause a slight

    delay.

    Making your life simpler

    CompanyRegistar.com

  3. Great post and right to the point. I don’t know if this is in fact the best place
    to ask but do you folks have any ideea where to hire some professional writers?
    Thanks in advance 🙂 Najlepsze escape roomy

  4. After looking over a number of the blog posts on your web site, I seriously like your way of writing a blog. I book marked it to my bookmark webpage list and will be checking back in the near future. Please visit my web site as well and let me know what you think.

  5. An intriguing discussion is definitely worth comment. I do believe that you need to write more on this subject, it may not be a taboo subject but generally folks don’t talk about these subjects. To the next! All the best.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori