Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pembantu Akaun PIBG Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di...

Rasuah: Bapa ADUN DAP...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bapa kepada Anggota...

Singapura Mohon Maaf Atas...

PETALING JAYA – Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas lawak...

Ajaran Millah Abraham: 3...

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha bengkel dan sepasang suami isteri hari ini menukar...

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Subang Jaya: Malaysia bersedia mempertimbangkan untuk melakukan operasi pencarian semula pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kehilangannya masih kekal misteri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pihaknya juga menjemput firma penerokaan dasar laut Ocean Infinity bagi memberikan taklimat mengenai cadangan ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ terbaru mereka.

“Kami kini sedang menunggu untuk mereka memberikan tarikh yang sesuai dan saya bersedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa datang ke Malaysia.

“Kerajaan Malaysia teguh dengan azam untuk mencari MH370. Saya berharap keluarga dan rakan-rakan mangsa akan terus tabah.

“Anda sentiasa berada dalam fikiran dan doa kami. Lebih penting lagi, kami akan berdiri di sisi anda,” katanya semasa berucap pada Majlis 10 Tahun Memperingati MH370 di sebuah kompleks beli-belah, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Loke turut berjanji akan melakukan segala usaha bagi mendapatkan kelulusan Kabinet bagi menandatangani kontrak baharu dengan Ocean Infinity untuk memulakan pencarian semula pesawat itu secepat mungkin.

“Saya gembira adanya perkembangan baharu terhadap penyelidikan dan teknologi baharu yang disampaikan dan kami berharap pencarian ini akan dapat mencari pesawat itu,” katanya.

Pesawat membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pada 8 Mac 2014, kurang sejam selepas berlepas.

Selepas usaha mencari tidak berjaya, kerajaan Malaysia membatalkan operasi pada 1 Januari 2015.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori