Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PABM 2016: Isi Pidato...

BANGI: Ketua juri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 Piala Perdana Menteri (PABM...

Hilang Kepala Ketika Lakukan...

AKIBAT terlalu asyik melakukan seks dengan kekasihnya di landasan kereta api, seorang wanita hilang...

Tahniah UM Dalam 50...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah atas...

Bantuan Sara Hidup Diberi...

IPOH - Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun...

Minggu Pertama Sekolah Tanpa Kelas Akademik Diteruskan

PUTRAJAYA – Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, minggu berkenaan akan diisi dengan program aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah.

“Ini tahun kedua, pendekatan baharu iaitu minggu pertama, tiada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah,” katanya menerusi ucapan pada Amanat Ketua Pengarah di sini pada Isnin.

Menurutnya, pendekatan itu akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum tersebut dikekalkan sepanjang tahun.

“Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan.

“Oleh itu, kebijaksanaan barisan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya Ramadan ini,” ujar beliau.

Sesi persekolahan 2024/2025 bagi kumpulan A iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka pada 10 Mac ini.

Bagi kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula dibuka bermula 11 Mac ini.

Azman berkata, kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah diharap mendokong usaha tersebut bagi memastikan kelancaran minggu pertama persekolahan.


“Minggu pertama perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang bangunkan emosi anak-anak serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti dan guru disaran sambut pelajar dengan ramah,” jelas beliau.

Tambahnya, semua peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM), JPN dan PPD juga diseru untuk hadir ke sekolah pada minggu pertama bagi menzahirkan semangat kebersamaan.

“Aktiviti ini bukanlah bersifat pemantauan atau penilaian tetapi lebih untuk menyantuni warga sekolah dalam program yang dilaksanakan di sekolah,” katanya.

Dalam ucapan itu, Azman turut menekankan agar guru memanfaatkan teknologi dan media pembelajaran yang terkini

dengan bijaksana seperti menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“AI membantu guru rancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti tinggi dan menarik minat murid sekarang.

“AI perlu disesuaikan oleh guru berdasarkan potensi anak didik,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori