GENEVA – Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat kesimpulan bahawa Israel melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai atau genosid di Genting Gaza.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Kesimpulan itu mendapat sokongan meluas di PBB pada Selasa apabila terdapat negara-negara anggota bersuara untuk menyokong laporan itu.
Pelapor khas PBB mengenai hak di wilayah Palestin, Francesca Albanese memberitahu Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa negara-negara terlibat perlu mengenakan embargo senjata dan sekatan lain terhadap Israel.
Dalam laporan yang terbitkan pada Isnin, Albanese berkata Israel menyifatkan seluruh penduduk Gaza ‘boleh disasarkan, dibunuh dan dimusnahkan ‘sehingga mendedahkan niat pembunuhan beramai-ramai’.
Difahamkan puluhan diplomat, yang mewakili negara-negara Arab dan Muslim serta Amerika Lain, senada mempertahankan pendirian mereka terhadap Palestin.
Pakistan, yang bercakap untuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah menyokong gesaan untuk sekatan dan embargo senjata terhadap Israel.
“Kami memuji keberanian anda dalam mendokumentasi…berbuatan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, ” kata wakil dari Islamabad.
Mesir yang mewakili negara-negara Arab turut mengesahkan sokongan mereka terhadap laporan Albanese dan berkata mereka sangat bimbang mengenai serangan ‘berstruktur dan sistematik Israel’ bagi menjadikan Genting Gaza sehingga tidak boleh didiami lagi.
Qatar yang mewakili Majlis Kerjasama Teluk, mengucapkan terima kasih kepada Albanese atas laporannya itu dan menuntut masyarakat antarabangsa menamatkan pembunuhan beramai-ramai dilakukan jentera perang Israel.
SinarHarian-
Attractive section of content I just stumbled upon your blog and in accession capital to assert that I get actually enjoyed account your blog posts Anyway I will be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently fast