Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mahkamah Jalan Prosiding Tanpa...

KUALA LUMPUR – Sebuah mahkamah di Ampang didakwa bertindak meneruskan perbicaraan kes seorang...

Anak Syarikat Pos Malaysia...

KUALA LUMPUR - PNSL Bhd memeterai dua memorandum persefahaman untuk membeli dua buah...

SUPP Akui Persaingan Sengit...

MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui persaingan sengit perebutan kerusi Dewan Undangan...

Ibu Maut Kemalangan Selepas...

KUANTAN - Seorang ibu maut selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan merempuh...

Penganggur Ditahan Miliki 600 Pil Yaba

Kota Bharu : Seorang penganggur ditahan kerana memiliki 600 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM6,000 di tepi jalan kawasan sawah di Kampung Banggol Pak Esah, di Pasir Puteh, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada 9.10 malam tadi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki itu, polis menjumpai pil yaba dan turut menyita sebuah Honda Civic.


“Hasil ujian saringan awal polis ke atas air kencing suspek mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Zaizul Rizal berkata, suspek direman tujuh hari hingga 17 Mac ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori