Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sebak! Anak Mejar Yazmi...

MENYENTUH perasaan, sebak dan sayu.  Itu antara luahan netizen apabila beberapa siri foto...

Orang Awam Kejar Penculik...

TINDAKAN pantas sekumpulan orang awam berjaya mengagalkan cubaan menculik seorang wanita yang dipercayai...

Peguam Terus Cabar Sekolah...

SHAH ALAM - Selepas gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan, peguam, Mohd Khairul Azam...

PKP Fasa 2: Hanya...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang akan bermula Rabu...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan Formula E.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, jika kerajaan menganjurkan MotoGP, ia membabitkan perbelanjaan sekitar RM53.2 juta manakala F1 pula memerlukan modal jauh lebih tinggi sekitar RM228 juta.

Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali ganda daripada MotoGP iaitu RM120 juta.

“Walaupun semua orang mengatakan penganjuran ini bagus, penganjuran itu bagus, tetapi kita kena tengok kemampuan dan minat rakyat terhadap sukan berkenaan.

“Kenapa MotoGP? Seperti saya katakan, 182,000 pengunjung akan datang dan Litar Antarabangsa (Petronas) Sepang memerlukan acara MotoGP ini,” katanya.


Hannah berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2023 KBS di Dewan Rakyat, hari ini.

Hannah berkata, terdapat pihak cuba menganjurkan F1 tanpa pengetahuan pihak kerajaan meskipun ia membida dan mendapat hak itu.

“Selepas bida, mereka datang berjumpa dan kata kita sudah dapat bidaan dan nak duit untuk anjurkan (F1).

“Jadi tidak adil untuk kerajaan kalau ada pihak yang pergi bida tanpa mendapatkan kelulusan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori