Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Sifatkan Pairin Patriot...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Presiden Parti Bersatu...

Ada Usaha Ganggu Proses...

PUTRAJAYA - Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendakwa ada usaha...

Parlimen: APMM Selamatkan 446...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 446 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diselamatkan Agensi...

Kerajaan Gagal Tangani Isu...

SHAH ALAM: Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan...

Penunggang Wanita Maut, Nahas Konvoi Motosikal

Nilai: Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas enam motosikal terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 27.6, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah utara, dekat sini, awal pagi hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, kejadian jam 2.30 pagi itu berlaku ketika kumpulan motosikal sedang berkonvoi dari arah Seremban menuju Kajang.

“Ketika tiba di lokasi, sebuah daripada kumpulan motosikal itu dipercayai terbabas dan pada masa yang sama, lima motosikal lain yang berada di belakang dikatakan memperlahankan kenderaan.

“Bagaimanapun, mereka tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran sesama mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, seorang wanita berumur 22 tahun iaitu penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.


“Manakala lima penunggang lain yang cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Mat Ghani berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Hannan Ibrahim di talian 06-7904404,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori