Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Maut Helikopter Terhempas...

MIAMI - Tiga orang maut apabila sebuah helikopter terhempas di atas sebuah rumah...

Pelik.. Wanita 28 Tahun...

Gara-gara melahirkan seorang anak, seorang ibu menderita penyakit pelik apabila wajahnya tampak seperti...

“Dana FELDA Tak Hilang,...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul...

PM Nasihat Rakyat Kekal...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Malaysia...

Ratu Naga Saman SPRM Mendakwa Dinafikan Hak Diwakili Peguam Ketika Disoal Siasat

KUALA LUMPUR: Penyedia kandungan media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa beliau dinafikan hak untuk diwakili peguam ketika disoal siasat agensi itu bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam saman pemula yang difailkan pada 26 Februari lalu, menerusi Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi di sini, Ratu Naga yang bertindak selaku plaintif turut menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Ratu Naga memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai hak di sisi undang-undang menurut Perkara 5 Perlembagaan (kebebasan diri) untuk diwakili oleh peguam apabila diperiksa secara lisan dan disoal mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga memohon perisytiharan, bahawa penafian haknya untuk diwakili peguam menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan kerana melanggar Perkara 5 dan Perkara 8 (kedudukan sama rata di sisi undang-undang).

Plaintif berkata, pada 16 Februari lalu, beliau dipanggil SPRM selepas pengeledahan dilakukan di rumahnya dan kemudian dibawa ke ibu pejabat SPRM bersama-sama pegawai agensi itu untuk disoal siasat.

Sepanjang soal siasat itu, Ratu Naga berkata, beliau dinafikan hak oleh defendan untuk diwakili peguam.


Menurutnya, peguamnya membuat permintaan berulang kali kepada pegawai SPRM untuk diberi akses kepadanya untuk mewakilinya ketika diambil kenyataan, tetapi ia dinafikan sama sekali.

Ratu Naga berkata, pada setiap masa material, sehingga dibebaskan pada jam 7.30 petang, beliau berada di bawah tahanan pihak defendan.

Katanya, tindakan menafikan hak untuk diwakili peguam adalah satu pelanggaran yang jelas dan tidak munasabah serta berniat jahat kerana ia menjejaskan haknya.

Azam berkata, pada 16 Februari lalu, Ratu Naga tidak ditahan sebaliknya dipanggil untuk memberi keterangan oleh agensi terbabit.

Beliau berkata aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori