Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Akta Hasutan: Kerajaan Jamin...

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta...

Wukuf Di Arafah Ditetapkan...

MAKKAH - Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak...

Samun Warga Emas, Polis...

Seremban : Polis kini sedang memburu dua lelaki bersenjatakan parang disyaki terbabit dalam...

Howto Write With a...

An argumentative essay is a writing item intended to convince an individual to...

RM2.4 Juta Lebur, Dividen Jadi ‘Abu’

Kuala Lumpur : Teruja dengan pelaburan menawarkan pulangan dividen lumayan menyebabkan 107 pelabur kerugian RM2.4 juta akibat diperdaya syarikat pelaburan haram.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli perniagaan, Teoh Chek Wee, 43, berkata, dia mula melabur dalam syarikat pelaburan itu pada tahun 2021 selepas ditawarkan dividen tinggi.

Menurutnya, dia mendapat pulangan dijanjikan pada tahun pertama namun pelaburan itu mula menghadapi masalah apabila memasuki tahun kedua.

“Saya tidak mendapat pulangan dividen dijanjikan menyebabkan wang pelaburan saya lesap,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Gerald Chee Ka Onn, 44, berkata, dia membuat pelaburan berjumlah RM10,000 pada tahun sama.


“Tujuan saya membuat pelaburan ini adalah untuk modal membuka klinik pergigian.

“Namun saya mengalami nasib sama apabila wang dilaburkan lesap apabila syarikat itu difahamkan sudah tidak beroperasi atas pelbagai alasan,” katanya.

Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong, berkata, seramai 107 individu menjadi mangsa membabitkan nilai kerugian RM2.4 juta.

“Kebanyakan pelabur ini terpedaya dengan skim pelaburan terbabit melalui iklan di Facebook dan ajakan rakan-rakan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori