Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tentera China Dikenakan Sekatan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluaskan pe­rang sekatan ke atas Rusia dengan melibatkan...

BAM Sahkan Chong Wei...

KUALA LUMPUR - Selepas membuat penafian semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini...

1MDB: Program Penerangan Untuk...

KOTA BHARU - Program penerangan mengenai isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad...

Najib Sifatkan Banjir Landa...

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir...

Sedia Pertimbang Bantu Jasmine Suraya Sambung Belajar Di AS

Kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.

“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di Kuala Lumpur, semalam.


Sebelum ini, Jasmine Suraya dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula April depan.

Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori