Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO: Kepimpinan, Anggota Perlu...

REMBAU - Kepimpinan dan anggota UMNO perlu menerima dengan hati terbuka sekiranya calon...

Inkues Adib: Mangsa Beritahu...

SHAH ALAM - Anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu seorang petugas Institut...

92 Ketua Bahagian UMNO...

PUTRAJAYA - Seramai 92 ketua-ketua bahagian UMNO dari seluruh negara menyatakan sokongan penuh...

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh...

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Ford...

Selepas Hartawan Singapura, Lebih Ramai Lagi Individu Akan Dipanggil SPRM

KUALA LUMPUR: Selepas hartawan hartanah Singapura, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai individu bagi membantu siasatan kes membabitkan bekas menteri kewangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Berhubung siasatan ini, lebih ramai akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya mengulas mengenai kemungkinan akan ada lagi individu dipanggil pihaknya bagi membantu siasatan kes membabitkan bekas menteri kewangan.

CNA Singapura semalam melaporkan seorang hartawan dalam bidang hartanah mewah berasal dari negara itu, Akbar Khan kini antara yang disiasat SPRM.

Ahli perniagaan berusia 83 tahun dilaporkan sudah diarahkan SPRM untuk mengisytiharkan aset dan pegangan kewangan keluarganya.


Akbar ialah pemegang saham majoriti dan pengerusi BRDB Developments Sdn Bhd yang juga pemaju hartanah mewah termasuk mempunyai projek di Australia, London dan Pakistan.

Pada Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin masih berdepan beberapa kes siasatan pihaknya biarpun sudah didakwa atas tuduhan tidak mengisytiharkan harta membabitkan 70 aset dan satu akaun bank.

Beliau berkata, berkata siasatan itu membabitkan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pertuduhan hanya membabitkan pendakwaan mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 kerana gagal isytihar harta.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori