Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PAN Turut Tolak Iktiraf...

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa...

‘Mat Dan’ Tak Sabar...

KUALA TERENGGANU - Kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini mungkin berbeza dari tahun-tahun...

Thailand Haramkan Dron Tak...

BANGKOK - Suruhanjaya Telekomunikasi dan Penyiaran Nasional (NBTC) telah mengeluarkan arahan bahawa semua...

#DoneTerawih: Janna Nick Dikecam...

PELAKON comel, Janna Nick dikecam hebat oleh ramai netizen menerusi laman Instagram (IG)...

Siti Dhia Keluar Rumah Kerana Selisih Faham – Ibu

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu percaya anak perempuannya itu bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini disebabkan perselisihan faham.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia ada bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka.

Menurutnya perselisihan faham itu berlaku apabila dia menegur Dhia kerana tidak hadir ke sekolah pada pagi hari yang sama.

“Petang hari itu (Selasa) Dhia balik ke rumah kemudian saya tanya kenapa dia tak pergi ke sekolah. Cikgu WhatsApp kenapa dia tidak pergi ke sekolah. Dhia jawab dia keluar beli barang buat kejutan untuk saya.

“Mendengar jawapan itu, saya marah dan tegur apa yang dia buat salah, kenapa buat pada hari sekolah. Beberapa minit kemudian saya keluar rumah untuk beli barang dapur bagi penyediaan lauk berbuka puasa dan bila saya balik Dhia sudah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syarifah berkata dia mula rasa tidak senang hati apabila anak pertama daripada dua beradik itu masih belum pulang ke rumah selepas waktu berbuka.

“Selalunya dia akan pergi ke rumah kawan-kawannya di sekitar kawasan ini, jadi apabila esoknya (Rabu) dia masih tidak pulang saya mula mencari di rumah kawan-kawannya tetapi semuanya tidak tahu di mana keberadaan Dhia.


“Sebelum ini Dhia tak pernah keluar jauh lama-lama dan tak pernah tak balik rumah, saya memang tengok dan jaga anak saya,” katanya.

Menurut Syarifah lagi ada rakan anaknya memaklumkan bahawa Dhia mengikut seorang lelaki yang didakwa dikenalinya melalui media sosial.

“Saya jadi risau bila ada (kawan) yang kata Dhia pergi menghala ke Ampang dan tambah pula ada kawan-kawan dia cakap Dhia pernah bercerita tentang seorang individu tetapi semua rakannya tidak pernah berjumpa orang itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan kanak-kanak itu semalam.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori