Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Tidak Sokong...

JOHOR BAHRU - UMNO Johor tidak membuat sebarang keputusan untuk menyokong mana-mana calon...

Sultan Nazrin Tentukan Masa...

KUALA LUMPUR - Tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat Sultan Perak,...

Gangguan Bekalan Air 10...

GEORGE TOWN - Bekalan air di 11 kawasan di sini akan terganggu selama...

Tun M Yakin Pak...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohammad yakin penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi mampu...

Stoking Tertera Kalimah ALLAH: Pemangku Sultan Johor Gesa Tindakan Tegas

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking yang tertera perkataan ALLAH.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Tunku Ismail, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan sama sekali tidak boleh dipandang remeh.

“Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda.


Tunku Ismail bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi pada Selasa.

Kenyataan Tunku Ismail itu turut dimuat naik dalam Facebook rasmi miliknya, HRH Crown Prince of Johor.

Pada Sabtu, Pengurus Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai melahirkan rasa kesalahan atas penjualan stoking tertera perkataan ALLAH di salah sebuah cawangan yang tular baru-baru ini.

Katanya, kesilapan seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang 23 tahun perniagaan dijalankan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori