AMPANG JAYA: Polis menahan lelaki berusia 55 tahun selepas melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak di rumah pengasuh di Pandan Indah, di sini, Isnin lalu.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel EkramAbu Saare berkata, ibu mangsa berusia 38 tahun membuat laporan polis pada jam 8.30 pagi 29 Februari lalu, selepas mengetahui anak perempuannya berusia lima tahun menjadi mangsa.
“Ibu mangsa menerima mesej daripada pengasuh memberitahu suaminya itu tidak melakukan perkara terbabit dan minta dia untuk merahsiakannya kerana pengasuh mempunyai anak asuhan yang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nazruel Ekhram berkata, susulan itu, polis menahan suspek di Jalan Pandan Indah 22 pada jam 10.50 malam Isnin lalu.
“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan dapati suspek negatif dadah. Semakan dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.
“Suspek direman seminggu bermula Selasa lalu hingga 11 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
BHonline-