BAITULMAQDIS : Tentera Israel memaklumkan satu operasi sedang dijalankan di hospital Al-Shifa, Gaza, dengan mendakwa kompleks itu digunakan oleh pejuang Hamas.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Tentera Israel, dalam kenyataannya berkata, askar sedang menjalankan operasi ketenteraan di kawasan hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza.
“Operasi itu berdasarkan maklumat risikan yang menunjukkan penggunaan hospital oleh Hamas,” katanya.
Tentera Israel pada November tahun lalu melakukan operasi di kompleks itu, mencetuskan bantahan antarabangsa.
Saksi di Bandar Gaza memberitahu bahawa kejiranan Al-Rimal dilanda serangan udara, dengan kereta kebal mengepung kompleks Al-Shifa yang luas itu.
Israel telah berulang kali menuduh Hamas menjalankan operasi ketenteraan dari hospital dan pusat perubatan lain.
-Berita Harian