JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan sempurna apabila pelumba Red Bull itu mengetuai penamat satu dua bersama Sergio Perez, di Grand Prix (GP) Bahrain pada Ahad.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Pelumba Belanda berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 22.5 saat mengatasi Perez, yang bermula dari tempat kelima sekali gus memberikan permulaan positif buat pasukan tersebut bagi musim 2024.
“Sukar dipercayai apabila hari ini berjalan lebih baik daripada yang dirancangkan sebelum perlumbaan.
“Saya berasa sangat selesa semasa dalam jentera dan amat menyeronokkan.
“Sejujurnya satu pengalaman yang amat istimewa kerana dapat menjalani hari-hari seperti ini apabila semuanya terasa sempurna dan anda berasa serasi dengan jentera,” kata Verstappen.
Sebagai rekod, ini kemenangan kelapan berturut-turut Verstappen, yang ke-55 secara keseluruhan dan penamat podium ke-99 ketika Red Bull mendominasi perlumbaan di Litar Antarabangsa Bahrain.
SinarHarian-