Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Adakan Solat Hajat...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) akan mengadakan program solat hajat...

Lelaki Niat Lerai Pergaduhan...

HULU SELANGOR ā€“ Seorang lelaki warga tempatan teruk dipukul sekumpulan lelaki setelah cuba...

5 Hari Ditayangkan, ALF2...

BAHARU sahaja ditayangkan sejak lima hari lalu, nampaknya filem Abang Long Fadil 2Ā (ALF2)...

Syarikat Tawar Bonus Bermalam...

BONUSƃā€šĆ‚Ā daripada pihak syarikat pastinya amat ditunggu-tunggu sesiapa sahaja yang bergelar kakitangan atau pekerja.Jika...

Wanita Terdesak Cari Kerja Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

Petaling Jaya : “Tolong selamatkan saya, bawa saya balik.” Demikian pesanan terakhir seorang wanita kepada adik lelakinya selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia ‘KK Garden’ di kawasan Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Wanita berusia 35 tahun terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik kecil bersama 10 mangsa dan perlu membayar pampasan RM50,000 serta mencari dua mangsa lain sebagai ganti sekiranya mahu dibebaskan.

Menceritakan kejadian, lelaki mahu dikenali Leong, 29, berkata kakaknya berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook sebelum ditawarkan pekerjaan di Singapura.

Menurutnya, kakak yang menganggur selepas berhenti kerja di Seremban, Negeri Sembilan, pada September tahun lalu terpedaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji bulanan 3,000 dolar Singapura (kira-kira RM10,000).

“Pada 1 Mac, kakak menaiki penerbangan ke Singapura sebelum menaiki penerbangan ke Bangkok. Selepas itu, kakak dibawa menaiki kenderaan memasuki Myanmar.

“Kami sekeluarga tidak tahu kakak ke sana (Myanmar) kerana dia beritahu ke Singapura. Saya hanya mengetahuinya selepas menerima panggilan daripada kakak yang meminta tolong pada 5 Mac lalu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang Keadilan Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.


Bercerita lanjut, Leong mendakwa turut menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta wang tebusan RM50,000 bagi membebaskan kakaknya.

“Dia beri masa tiga jam untuk memasukkan wang itu tapi saya tiada jumlah wang diminta. Beberapa hari kemudian, dia hubungi saya semula minta saya membayar RM20,000 pula jika tidak mahu nyawa kakak terancam,” katanya.

Berikutan itu, dia tampil membuat laporan polis dan meminta bantuan MHO kerana bimbang keselamatan kakaknya.

Sementara itu, Daniel berkata, pihaknya akan meminta bantuan Kementerian Luar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar bagi mengesan serta menyelamatkan mangsa yang dipercayai masih berada di Myawaddy.

Bagaimanapun katanya, usaha itu akan berdepan kesukaran dan mengambil masa kerana kawasan berkenaan bukan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Myanmar.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori