Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tun M Dijangka Hadir...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bakal menghadiri program diskusi berkonsepkan...

Tiada Paksaan Guru Terjejas...

SHAH ALAM - Tiada unsur paksaan kepada mana-mana guru terjejas banjir untuk bertugas...

China Didakwa Cuba Ambil...

SINGAPURA : Seorang jeneral Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa China berkemungkinan mengambil...

Rakyat Malaysia Minta Kit...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa rakyat Malaysia kononnya telah...

17 Kes Cedera Akibat Main Mercun, Bunga Api Di Kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak 17 kes kecederaan akibat bermain mercun dan bunga api dicatatkan di Kelantan sejak 19 Mac sehingga semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata dua daripada mangsa yang cedera itu ialah perempuan.

Beliau berkata, sebanyak 12 kes dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, tiga kes lagi menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, manakala dua kes dirawat di Hospital Pasir Mas.

“Semua mangsa berusia empat hingga 40 tahun, majoriti berusia tujuh hingga 16 tahun dan paling ramai berusia sembilan hingga 12 tahun.


“Empat daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke wad, manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kecederaan yang dialami mangsa termasuk pada bahagian tangan, muka dan mata.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori