Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tutup Lynas Bukan Manifesto...

KUALA TERENGGANU - Penutupan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd....

Lelaki Malaysia Bunuh Kekasih...

GARA-GARA bengang hubungan songsang tidak diakui oleh pasangan kepada umum dan keluarga, seorang...

Lelaki Singapura Ini Belanja...

BAYANGKAN jika anda hanya perlu membelanjakan RM24 sahaja untuk membeli makanan dalam tempoh...

Viral Dakwaan Menteri Buat...

PETALING JAYA: Dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak...

Bangkai 2 Helikopter Terbabit Nahas Selesai Dialih

LUMUT: Bangkai dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini pada Selasa lalu, selesai dialihkan dari lokasi kejadian, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, kerja-kerja pengalihan bangkai dan serpihan pesawat Fennec (M502-6) yang terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut dan pesawat HOM (M503-3) di Stadium TLDM Lumut selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.

Difahamkan juga, bangkai kedua-dua helikopter terbabit ditempatkan di satu kawasan khas dalam Pangkalan TLDM Lumut bagi membolehkan proses siasatan dilaksanakan.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai TLDM, petang ini.


“Bangkai aset TLDM ini dikekalkan dalam pangkalan untuk memudahkan pemeriksaan dan berdasarkan kejadian, mungkin ada semak silang atau simulasi yang perlu dijalankan ke atas pesawat,” katanya.

Semalam, laporan menyebut laporan interim mengenai tragedi yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM itu akan disediakan dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh akan diterbitkan atau disediakan dalam masa sebulan.

Kejadian jam 9.32 pagi itu mengorbankan semua mangsa yang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori