Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Letupan Bukan Serangan Israel:...

BEIRUT - Media rasmi Syria berkata bunyi kuat dari pangkalan udaranya awal pagi...

Ansuran Bulanan RM50 Mangsa...

SUNGAI PETANI - Seramai 126 keluarga mangsa tsunami yang ditempatkan di Taman Permatang...

Hospital Kerajaan Terima Sijil...

KUALA LUMPUR - Sijil nikah atau sijil perkahwinan yang didaftarkan oleh Mahkamah Anak...

Dipenjara 2 Tahun Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di...

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

TAWAU: Bekas isteri kepada pemandu e-hailing yang ditemui mati dibunuh di Jalan Anjur Juara Batu 5 Jalan Apas dekat sini, dua tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Nurima Juli, 35, bersama seorang adik tirinya, Sadam Kiram, 30, didakwa mencapai niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Januari 2023.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin

Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fakrurrazi memohon supaya pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan terhadap Sadam yang didengar di mahkamah sama sebelum ini, digugurkan berikutan pertuduhan baharu terhadapnya hari ini.

Pada prosiding hari ini juga, Fakrurrazi turut tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-kedua tertuduh dan memohon tarikh baharu untuk sebutan semula sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Mahkamah kemudiannya membenarkan pertuduhan dihadapi Sadam di gugurkan sebelum menetapkan tarikh 6 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan kedua-dua tertuduh akan ditahan di Penjara Tawau.

Sadam pada 24 Ogos tahun lalu dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan melupuskan barang bukti membabitkan penemuan mayat seorang lelaki, Nurman Bakaratu, 61, pemandu e-hailing yang mati dibunuh pada 13 Januari 2023.

Dia didakwa melupuskan bukti iaitu gunting dan dompet milik Nurman dilakukan di Jambatan Sungai Kinabutan Besar, Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada hari sama.

Tindakannya menyebabkan keterangan mengenai kesalahan dilakukan itu hilang dengan mengetahui cara sedemikian mengelak pesalah daripada hukuman undang-undang.

Sementara itu, Nurima pada 30 Januari 2023, turut pernah didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 sebelum dijadikan saksi pendakwaan.

Dia yang juga saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan kes bunuh berprofil tinggi membabitkan pegawai kanan polis termasuk bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tujuh individu lain didakwa bersubahat dan membunuh Nurman.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Duncan Sikodol membebaskan dan melepaskan kesemua lapan tertuduh.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat untuk pihak pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh berikutan pengakuan mengejut Nurima yang mengaku membunuh Nurman yang juga bekas suaminya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori